Sunday, December 29, 2013

Kemana arah tuju...

Assalamualaikum wbt...
Annyeonghaseyo...
Ni hao ma...

Pejam celik pejam celik... esok sehari lagi kita berada dalam tahun 2013.. lusa kita akan menjejak tahun 2014. Apa azam tahun baru kali nie?

Pada Cik C, rasanya xde azam.. sebab ibu segala azam sudah kehampaan jadi azam kecik2 pun tak berguna lagi..

Kenapa Cik C mudah untuk dipermainkab oleh seorang lelaki? Walaupun Cik C tahu yang lelaki itu hanya permainkan Cik C, tapi Cik C seolah-olah membiarkan jew.. adakah kerana Cik C cintakan dia setulus hati.. jadi dengan mudah Cik C dipermainkan? Tak rasa bersalahkah dia mempermainkan perasaan Cik C?

Cik C yang bodoh kot... sanggup serahkan segalanya pada dia..

Sunday, December 22, 2013

Siapa yg boleh memahami apa yg aku rasakan? Kepada siapa aku boleh luahkan segala rasa ini? Mampukah aku melalui semua ini?

Ya... hanya Allah yg boleh memahami.. hanya pada Allah aku boleh luahkan semua ini... namun.. kuatkah aku lalui semua ini?...

Disaat aku merintih memohon dan meminta pertolongan.. aku hanya dibiar sepi tanpa diberi apa2... di saat aku memohon kebahagiaan aku dibiarkan dengan hati yang terluka, sakit, derita, semangat yg hilang dan kekuatan yg lumpuh... itulah sebuah kebahagiaan utk aku... aku terima jika Allah inginkan begitu.. aku bersyukur dengan kasih sayangNya...

Sekarang aku makin yakin.. yg aku mmg permintaan aku tak akan dipertimbangkan. Kalau Allah pun tak pandang, apatah lagi manusia2 yg ada kat dunia ini... jadi utk elakkan aku hilang arah, hilang kepercayaan... biarlah aku hidup tanpa harapan dan impian... buat apa ada harapan dan impian jika aku tak akab diberi peluang untuk menikmatinya...

Sekurang2nya... Allah.. boleh tunaikan impian dan harapan org lain... yg lebih mulia, lebih baik, lebih disayangi Allah...

Thursday, December 12, 2013

Jika itu kehendakmu

Assalamualaikum wbt....
Salam jumaat....

Mulai hari ini... Cik C akan berhenti berbuat apa2... Cik C akan penuhi setiap kehendaknya..

Kalau boleh... Cik C nk dia bangun pagi... dia xkenal langsung siapa Cik C...

Kan Cik C dah ckp... Cik C nak...
Setiap kebahagiaan Cik C akan Menjadi milik dia, setiap kedukaan dia akan menjadi milik Cik C...

Kan inilah kebahagiaan yang layak untuk Cik C yg Allah bagi... jadi Cik C sebagai hamba harua terima Kasih sayangNya...

Bestkan jadi wan nur marhamah binti wan omar... hidup sentiasa disayangi dan ditunaikan impian... Allah kasih.. ndn sayangi... cara kasih sayang yang diberikan dengan derita, sakit,kecewa, air mata...

Allahuakhbar.....

Wednesday, December 11, 2013

Kenapa nie?

Assalamualaikum wbt...

Entah kenapa Cik C rasa keseorangan sgt sekarang nie... tak tahu kenapa... apa yang Allah nk bgtau nie... adakah Allah nk bagitau yang Cik C x layak hidup bahagia? atau Cik C memang tak ditakdirkan hidup bersama NdN? Huhuhu...

Cik C malas la nak fikirkan semua nie... ia sgt menyakitkan... dan menyedihkan...

Sunday, December 8, 2013

Perlukah

Salahkah andai diri impikan kebahagiaan? Bukan ingin merampas tp hanya sekadar menumpang secebis kasih sayang... diri ini xmampu untuk hidup dalam keadaan ini...

Seandai tiada niat untuk membina kehidupan bersamaku, jgnlah engkau menghina diriku dan cinta dihatiku sedemikian rupa...

Aku tiada kekuatan untuk menghadapi semua ini... padamu aku ini tiada makna dalam hidupmu.. namun engkau adalah segalanya pada diri dan hidupku...

Mula hari ini... aku akan paksa hatiku untuk menjauhi dirimu... walau sakit, walau derita, walau sengsara.. aku rela tempuh asalkan engkau bahagia... aku rela mati andai itu yg engkau inginkn...

Aku telah keseorangan kini... tiada tempat untuk aku menumpang kasih.. tiada ruang untuk aku menapak... matikanlah segala rasa dihati.. agar tidak aku kecewa lagi.. semoga sakit yg aku rasakan berlalu pergi... adakah akan hilang jika nyawaku sebagai ganti?

Wednesday, November 27, 2013

Kabur

Assalamualaikum wbt.... salam khamis....

Kenapa hati Cik C masih rawan dan sedih? Kenapa susah Cik C nak hidup bersama orang yang Cik C Cinta? Salahkah jika Cik C nak bermadu? Cik C hanya mahukan hubungan yang halal...

Memang Cik C tak cantik.. tak pandai.. gemuk... tapi Cik C pun ada perasaan... kalau tak ada niat nak memperisterikan Cik C... jangan lah permainkan hati dan perasaan Cik C... dah la Cik C nie tak de org yang nak.. jangan... tolong janganlah...

Sekarang.. hati dah remuk.. jiwa dah terluka... macam mana Cik C nak hadapi keadaan sorang diri... tak kesian ker?

Ya-Allah... sakit ini menyeksakan... tolong hilangkan sakit ini Ya-Allah...tak tertahan untuk Cik C menanggungnya..

Huhuhu

Tuesday, November 26, 2013

SAKIT

Adakah ini yang harus dilalui oleh Cik C? Setelah 9thn... ini jawapan? Bukan tak redha... tp adakah ini takdir yang terbaik utk Cik C? Adakah ini yang Allah inginkan berlaku dalam Hidup Cik C? Bukan tak percaya qada dan qadar... Cik C percaya pada ketentuan Allah... cuma kenapa tidak pada 9thn yang dulu lg? Tak perlu Cik C hadapi kesakitan hari ini jika 9thn lepas Cik C tak hadapinya... kenapa dan kenapa?

Hina sgt ker Cik C? Berdosa sgt ker perasaan di hati Cik C? Sehingga Cik C terpaksa hadapi keadaan ini... jika bersama Cik C, neraka yang dia tempah... kenapa muka Cik C nie muka neraka? Memang Cik C tak diterima di syurga? Diakan dah tahu dari 9thn lepas lg... kenapa baru hari nie sedar?

Umor Cik C bukan 25,26 hari tp dah 28... nk masuk 29... dah tua untuk merasai kesakitan ini... tp dia takpa... sebab dia pilih syurga... tak pilih neraka... ini wajah neraka nie... yg menanggung siksa dan sakit.... boleh bawa maut tahu x...

Tapi Cik C tak boleh marahkan dia... sebab Cik C cinta,sayang dia setulus hati Cik C... dan in sha allah.. perasaan ini lahir kerana allah inginkan.. tp adakah allah lahirkan perasaan ini semata2 untuk dipermainkan oleh dia..? Kerana allah sayangkan dia lebih dari Cik C? Sebab dia pilih syurga dan sebab Cik C nie neraka pada dia?....

Ya-Allah.... sesungguhnya hamba takut untuk menghadapi kehidupan ini keseorangan... namun hamba tak mampu untuk terima orang lain selain dia dalam hidup hamba... hamba hanyq mahu dia yqng sentuh hamba, hamba mahu lalui mlm pertama bersama dia, hamba ingin menjadikan dia sebagai syurga hamba didunia dan akhirat, hamba ingin jadi bidadari dia didunia dan akhirat... hamba tak kuat nak tempuh hidup ini tanpa dia...

Hamba tak nak rasai kehilangan lagi sekali... tapi hamba tak mempunyai cara untuk bersama dia.. satu cara sahaja iaitu hanya berdoa dan terus berdoa kepadaMu agar memberi pertolongan dan keizinan agar kami dijodohkan bersama... hamba harap sangat yang hamba akan tamatkan zaman bujang pada 2014 bersama dia... tp impian itu dah hancur...  tlglah hamba Ya-Allah... hanya padaMu tempat hamba merintih rasa hiba...

Thursday, November 21, 2013

Impian kasih...

Assalamualaikum wbt...
Salam jumaat...
(22.11.2013)

Syukur ke hadrat ilahi... Allah yg Maha Pengasih dan Maha Penyayang... kerana telah membantu kami memudahkan segala urusan kami...

Semoga impian kasih akan menjadi nyata secepat yang mungkin... amiin....

Friday, November 15, 2013

Impian seindah kurniaanMu

Ya-Allah...
Adakan... Jodoh daku dengan nDN seandainya Engkau adakan jodoh buat diriku...
Ciptakan...Jodoh juga daku dengan nDn seandainya Engkau tak adakan jodoh buat diriku
Sesunghuhnya nDn adalah jodoh yg paling baik buay diriku.. kerana hanya dia yg menerima diriku seandainya...

Ya-Allah...
Jadikanlah daku seorang isteri yang akan mencintai nDn setulusnya kernaMu...
Jadikanlah daku isteri uang akan menjalankan perintah dan amanah nDn selagi mana nDn tidak mensyirikkanMu..
Jadikanlah daku isteri nDn yang menerima dirinya seadanya...
Jadikanlaj daku isteri nDn yang tidak meminta sesuatu diluar kemampuannya...

Walaupun daku merupakan isteri ke-2 nDn... namun daku ingin berbakti kepadanya dan menyenangiku seperti isterinya yg tua dan lebih baik dari iti...
Kerana nDn adalah syurga ku dan daku adalah bidadarinya di dunia dan akhirat...

Permudahkanlah impian ini tercapai dalam waktu yg terdekat... amiin...amiin..

Thursday, November 14, 2013

Permudahkanlah...

Ya-Allah...
Permudahkanlah urusan dunia dan akhirat hamba...

Ya-Allah...
Hamba memang bukan manusia sempurna..
Bukan juga yg elok pekerti...
Namun hamba bukanlah manusia yg jahat hati dan perilakunya...
Hamba hanha bergantung kepada pertolongan dan keizinanMu...

Ya-Allah....
Bahagiakanlah dia di dunia dan akhirat...
Hadiahkanlah isteri yg mencintai dia sepenuh hati keranaMu..
Hadirkan utk dia isteri yg akan melaksanakan segala kehendak dan perintah selagi dia tidak mensyirikkanMu..
Ketemukanlah dia isteri yg menerima keadaan dia seadanya dan tidak meminta sesuatu yg melebihi keupayaan dan kemampuan dia...

Ya-Allah...
Hamba akur.. andainya diri ini tidak layak utk mendampingi dia..
Hamba pasrah... andai diri ini tidak sempurna utk melengkapi kehidupan dia..
Hamba redha... kerana hamba tidak sebaik dia...

Ya-Allah...
Hamba memohon kepadaMu...
Seandainya dia tidak tercipta untuk hamba... putuskanlah jodoh hamba dengan lelaki lain...
Seandainya ada jodoh buat hamba... ciptakanlah dia sebagai jodoh hamba... hamba hanya inginkan dia sebagai jodoh hamba...
Hamba dia ingin dia jadi syurga hamba... hamba ingin jadi bidadari dia di dunia dan akhirat...

Utkmu sayang... I.AS-NdN.

Wednesday, November 13, 2013

I follow ur way...

Assalamualaikum wbt....
Salam khamis...

Hari nie Cik C nk ckp psl topik saya ikut cara awak... apa ke hal tu...? Hehehe

Saja nk bagitau... yang Cik C dah malas nk cipta laluan dan cara utk mencapai kehidupan yg sempurna... apa yg Cik C buat semua xkena dan tak diterima... entah... xpaham...

Bila Cik C ambik tahu.. kata mengokong dan dan menyibuk... bukan itu maksud Cik C nak menyibuk... tp sebab cinta, sayang lah Cik C ambik tahu... kalau xcinta dan sayang xkuasa Cik C nk habiskan masa,tenaga,duit layan semua tu...

So, sekarang nie Cik C ambik jalan mudah... kalo kamu diam, Cik C diam... kalo kamu bersuara, Cik C bersuara...

So simple... kehidupan ini senang... terserah kpd kita nk memudahkan atau memayahkan urusan...

Wallahulam....

Sunday, November 10, 2013

Sayang... dengarlah...

Seksakan menanggung rindu pada seseorang yg jauh dimata...

Memang dia orang yang ku cinta, ku rindu, ku sayang... dan selamanya aku cinta, sayang,rindu walaupun aku tiada dihatinya...

Aku selalu memohon pada Allah... andainya aku ada jodoh... jadikanlah dia jodohku, jika aku tiada jodoh... ciptakan dia sebagai jodohku... aku hanya ingin menjadi halal hanya utknya seorang...

Aku terima dia sepenuh hatiku... walaupun aku bukan yang pertama dihatinya dan dlm hidupnya... kerana ku yakin dia adalah jodohku...

Sayang, halalkanlah hubungan ini... agar bisa aku menjadi bidadarimu di dunia dan akhirat....
Sayang, halalkanlah hubungan ini... agar bisa aku jadikan kamu syurgaku...

Aku ingin setiap pelakuanku dan urusanku terhadapmu merupakan ibadah buat kita... meskipun aku bukan yg pertama...

Aku hanya ingin kamu yg menyentuhku... aku hanya menjadi hak mutlakmu seorang... biarlah nyawa yg akan memisahkan kamu dan aku...

Sayang... jadikanlah aku tulang rusukmu... jadikanlah aku halal buatmu...
Seaunggunya aku benar2 mencintaimu, menyayangimu dan merinduimu selamanya di dunia dan akhirat....

Harapan

Salam isnin 11/11/2013

Hari ini Cik C nk berckp tentang sebuah pengharapan.

Ada seorang hamba Allah ini, dia seorang perempuan lebih kurang 28thn umo nye... tak berkahwin lg... dan sekarang sedang dlm proses mengenali hati budi seorang lelaki yg telah dikenali 9thn yg lepas ttp lelaki ini telah berkeluarga... dan dia memang mengetahui.

Dia menerima lelaki ini kerana dia memang mencintai dan menyayangi lelaki ini sudah 9thn lamanya... selain itu lelaki ini pernah mengutarakan keinginan berkahwin dengan perempuan tersebut beberapa kali...sebelum ini, perempuan tersebut menyangka yg lelaki itu hanua berguru mahu berkahwin dengannya... setelah 9thn, perempuan tersebut redha dan pasrah yg mungkin lelaki itu adalah jodoh dia yg terbaik... kerana sepanjang tempoh 9thn perempuan tersebut cuba menerima cinta dan memhuka pintu hati kepada lelaki lain, namun tak ada yang singgah bertamu dihati... bila perempuan nie tak memikirkan, ada je yg datang kepadanya seolah-olah ada peluang menemui cinta... ttp apabila perempuan itu beri respon.. terus hilang peluang itu... yg masih ada hanyalah lelaki tersebut jew yang masih disisi perempuan itu...
Sekarang perempuan itu berhasrat untuk menghalalkan hubungan dengan lelaki tersebut.. dan pernah mengutarakan hasrat tersebut... dan lelaki itu mengatakan mahu... tetapi mahu dptkn keizinan dari isterinya dahulu... kadang-kadang lelaki itu menunjukkan dia betul2 mahu memperisterikan perempuan itu, dan kadanh-kadang menunjukkan lelaki itu sekadar main-main...
Jiwa perempuan ini makin rapuh... dia memang mencintai lelaki itu... ttp dia takut jika lelaki itu hanya mempermainkan dia...
Apa yg harus dia lakukan?

Thursday, November 7, 2013

Perlukah berpura-pura?

Assalamualaikum wbt... salam jumaat...

Cik C xpasti kenapa sesetengah org perlu berpura-pura... walhal.. perkara itu sememangnya terjadi.. kenapa perlu disembunyikan?

Takut.. org pandang serong? Atau takut kehilangan sesuatu? Semata-mata utk mengelakkan org pandang serong dan kehilangan sesuatu berbaloikah berpura-pura sehingga ada yg tersinggung dengan kepura-puraan itu?

Cik C bukanlah bersikap prejudis terhadap sesiapa... apa salahnya mengaku sahajalah kalau memang ia berlaku... tak perlu berlakon dan berpura-pura... walaupun pedih apabila diketahui.. tetapi ia akan mengurangkan tekanan org yang perlu berpura-pura itu... mulut org sekejap jew kalau kecoh tu... tp sakit berpura-pura tu akan kekal bersama sehingga ia tidak perlu lagi berpura-pura...

Demi kebahagiaan bersama... kalau takut diketahui... jangan mencipta perkara itu... senang dan mudah...

Thursday, October 17, 2013

Luahan hati

Tak tahu Cik C nak kata apa... mudahkan orang lelaki nie... mentang2 dah kawen... luah perasaan dan lakukan perkara tak senonoh kerana suka2 jew dengan perempuan lain dibelakang isteri.. perempuan tu mati-mati ingat yg lelaki tu betul-betul sukakan dia... naifnya perempuan tu... time bini taknak layan, carilah perempuan tu utk puaskan nafsu.. tp bila bini layan lupa la kat perempuan tu...

Wahai sang lelaki, jadilah pelindung kepada wanita... bukan pemusnah wanita...

Ingtlah akan hukum karma... awak ada anak perempuan... jangan permainkan wanita utk kepuasan awak...

POLIGAMI

Sebagai seorang wanita... Cik C faham perasaan kecewa dan derita apabila orang yang dicintai mencintai orang lain dibelakang kita... terasa diri dikhianati, dipermainkan... namun sebagai seorang hamba dan seorang islam harus terima qada dan qadar...

Jujur dari hari Cik C.... Cik C tidak menolak atau menerima kehidupan poligami... yang pasti Cik C terima apa yang Allah rencanakan pada hidup Cik C.

Bukanlah jahat seorang wanita itu, jika dia menjadi isteri ke-2, ke-3, atau ke-4... dan bukanlah baik wanita itu jika menjadi isteri yg pertama... yg beza antara wanita itu hanya angka...

Semua ini dah tercatat kat luh mahfuz... jika dah tercatat Cik C hidup dalam poligami, ada dua situasi yg ada... sama ada Cik C dimadukan atau bermadu... itu jew... kalau dah tercatat... kahwin suka sama suka... sama sama bujang masa kahwin, akan tiba waktunya suami akan kahwin dengan orang lain.. jadi isteri pertama... begitu jugak kalau bermadu.. jadilah isteri ke2,3,atau 4.

Tapi kalau ditakdirkan hidup tak berpoligami... berkawan dengan suami orang bagai nak rak sekalipun, mungkin kita akan kawin dengan lelaki bujang atau lelaki yang dah kahwin tu akan berpisah/bercerai dengan isteri dia sebelum kawin dengan kita...

Itu jew yg Cik C faham tentang kehidupan manusia... so simple...

Tak perlu dipertikai dan diragui... yakinlah dengan Allah... DIA merencanakan kehidupan hambanya dengan terbaik dan yang mampu dihadapi hambanya...

Cuma pesanan Cik C:

Kepada suami...
Jika kamu berpoligami... hargailah semua isterimu... jadikanlah mereka bidadarimu di syurga kelak...

Kepada isteri:
Jika kamu dimadukan... bukan kerana kamu tak mampu atau kekurangan mu.. tp Allah menyayangimu...
Jika kamu bermadu...
Fahamilah 1001 rasa yang ditanggung oleh madumu... kerana suaminya telah dikongsi dengan mu.. bersikap mengalah dan redha andai masa, tenaga sang suami tidak diberikan secukupnya.. kerana sang suami perlu menunaikan amanah yang makin besar... lindungilah sang suami dari berdosa.. kerana dialah syurga kita kelak...

Tuesday, October 15, 2013

Sabarlah duhai hati...

Sedey rasa hati ini... Cik C telah dibuang oleh seseorang yg penting dalam hidup. Walaupun dia pernah katakan yg Cik C penting dalam hidup dia, tp dia tetap tolak...

Cik C tahu, yqng Cik C tak sempurna seperti org lain.. tp Cik C tetap ada perasaan dan hati...

Kalau xpasti jgn bagi harapan kat Cik C dan senang2 jew hancurkan harapan tu.. ingt Cik C nie apa? Barang mainan ker... tak suka buang...

Cik C terima semua ini dengan redha.. Cik C tak akan benci dia dunia dan akhirat.. Cik C akan sentiasa doakan dia bahagia dunia dan akhirat.

Harapan Cik C, semoga Allah kosongkan hati dan keraskan hati Cik C selamanya hingga akhir hayat... Cik C dah tak kuat nak hadapi permainan hati dan perasaan ini.  Biarlah Cik C tetap kekal Cik C... cukuplah pengalaman dengan dia... pada Cik C... inilah pengalaman pertama hingga terakhir buat Cik C.. tak mo dah rasai pengalaman lain.. sangat menyakitkan...

Biarlah dia bahagia... bahagia dia bahagialah Cik C, derita dia deritalah Cik C... Cik nk jadi cermin dia.. rasai apa yg dia rasa... tp dia bukan lagi cermin Cik C.. sebab cermin Cik C dah hancur berkecai... yg tak mungkin baik semula dan tak akan berganti buat selamanya...

Dan kepada Cik C selamat menempuh alam A.N.D.A.R.T.U yg tak laku... itulah gelaran yg akan Cik C pegang sampai mati...

Itulah hadiah aidiladha dari dia buat Cik C pada thn ini dan thn akan datang...

Monday, July 8, 2013

happy ramadhan kareem

esok 10 julai 2013 bersamaan 1 ramadhan 1434h, umat islam seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan di bulan penuh rahmat dan barakah...

Cik C akan cuba mengimarahkan bulan ini sebaik mungkin dengan perkara yang baik dan berfaedah....

disamping itu juga, Cik C akan memohon sebanyak-banyaknya kepada Al-khaliq agar dipermudahkan urusan jodoh, rezeki,kejayaan,kesihatan yang baik, dan umur yang panjang agar tahun depan dapat bertemu lagi ramadhan.. bukan untuk diri Cik C sahaja, tetapi semua insan yang tersayang termasuk juga Inck T, dan KooKie Oppa yang dikasihi....


semoga semuanya berjalan lancar...

Inck T...

salam, annyeong, ni hao...

dah lebih dua minggu kebelakangan nie, Cik C tengok Inck T monyok, tak banyak cakap, tak ceria jer... tak tahu kenapa... then bila Cik C mintak tolong, bukan setakat tak tolong tapi tanpa menjawab boleh tolong atau tak, terus blah camtu jer...

Cik C dah wat salah ker kat Inck T? hairan lorr.... Tapi mungkin Inck T dah tak mo kawan ngan Cik C kot... pasai tu dia berkelakuan camtu... xpelah... dah orang tak mo kawan lagi, tak nak lah Cik C nie mengganggu dia dia lagi....

dan mula pada hari nie... Cik C akan jarakkan pergaulan dengan dia... tak nak bercakap lagi, tak akan berada dalam satu group dengan dia lagi... tak akan sesekali berusaha untuk memberi peluang untuk kami berkomunikasi,,...

ini adalah kali terakhir Cik C berbicara pasal Inck T....

full stop.

Sunday, June 16, 2013

Summer Camp @ pasir tengkorak, langkawi...

salam, Annyeong, ni hao...

hari nie, Cik C a.k.a Cik Nur a.k.a wnmarhamah... nak citer skit pasal summer camp kat pasir tengkorak langkawi yang telah diadakan pada 31 mei hingga 2 jun 2013 yang lalu...

walaupun fenats.. tp Cik C happy, dan seronok sangat... becoz group awal semuanya sporting dan best... tambah2 adanya Inck T yang comel lagi cute menceriakan suasana.... hehehe...

harap2 program silaturahim antara kami seperti ini akan dilakukan lagi... kalau blh antara kami tak akan ada yang lost contact selepas kami belajar nnti.... hehehe....

















Wednesday, June 12, 2013

seasons in korea

Korea’s four seasons have been truly distinctive, in that they each last about three months – a pattern that has been changing somewhat over the past decade or so.

Winter (~December to ~end February*) is generally cold and dry, very dry. Although there used to be a lot of snow, that’s not the case these days. When it does snow, the white blanket melts either right away or in a few days. One must watch for ice patches however. The temperature can dip lower than 19°C but fortunately cold weather lasts for only about three days and is followed by four days of warmer weather. This cycle is the norm in winter and it, along with sunshiny days and bright blue skies makes the Korean winter more tolerable. The distinctive Korean ondol heating system is another winter plus. A series of pipes lie beneath the floor and hot water (in older homes, hot air) runs through the pipes making the floor pleasantly warm. Homes, however, are very dry and you will need humidifiers over the winter. Mandarin oranges from Jeju Island are available in winter.

Spring (~March thru May*) usually announces its arrival with bright yellow forsythia flowers (kanari) along streets and highways. The season often starts out cool and maybe wet, but gradually the weather warms up and other spring flowers begin making their appearance, including magnolia and cherry blossoms. The various species of trees sprout leaves of various shades of green and reds. We also know that spring is here when we see the new crop of strawberries, while the appearance of Korea’s small yellow melons tells us summer is on the way. The one drawback to spring in Korea is a gift from China and Mongolia, yellow dust. The winds carry sand from the Gobi desert over industrial zones and urban areas, picking up pollutants along the way and delivering them as far away as the west coast of the U.S. Korea is on the route.

Summer (June thru August*) is one of the proofs that Korea is a land of extremes in that it is as hot and humid and the Korean winter is cold and dry. Summer is relatively hot and humid with monsoon rains beginning near the end of June and lasting until mid to late July. Occasionally, between the announcement of the beginning and the end of monsoon season, there is no rain. And then the rains come. Typhoons around Japan can also bring heavy to Korea in August. Summer temperatures can go over 38°C with an average of 20°C between June and September. Cold watermelon, sweet juicy peaches and cold noodles offer some consolation to the muggy weather, which generally ends by September, when the evenings turn refreshingly cool.

Autumn (September to November*) is probably the best time of year in Korea. The weather is cooler and dryer, but still pleasantly warm and sunny. As the season progresses, the leaves change colors and harvesting begins. Fall is the time of Chuseok, Korean Thanksgiving. At this time of year, you’ll find crisp, sweet apples in the market along with the unique Korean pear (known in North America as the Asian pear), huge purple grapes and the fragrance of roasting chestnuts and gingko nuts on the streets. One of the most important autumn events is Kimjang – the time for making kimchi. Families get together still to prepare this unique fermented dish according to their traditional family recipes. Fall kimchi is considered by many Koreans to be the best kimchi of the year. Fall is also a wonderful to go out of Seoul and explore Korea. The weather is great and the countryside is beautiful.

PLASTER




salam khamis, Annyeonghaseyo, ni hao ma cik C Yang TerMenyayangi ucapkan....
cik C Yang TerMenyanyangi ada menyimpan sesuatu pemberian Inck T Yang TerDsayangi... walaupun padanya tiada apa-apa makna... tp pada Cik C Yang TerMenyayangi amat besar ertinya... kenangan hingga akhir hayat... sampai ke hari ini Cik C Yang TerMenyayangi masih menyimpannya... terima kasih Inck T Yang TerDsayangi...



Thursday, June 6, 2013

Enck T Yang TerDsayangi vs cik Nur Ciku Yang TerMenyayangi...

salam jumaat, Annyeong, ni hao ma....

semakin hari semakin sibuk cik Nur dengan kehidupan... sampaikan xsempat nak menjenguk blog ini... hahaha... rindu nk mencoret meluahkan rasa, melepaskan segala tekanan perassan... mau tak jika pendam hingga tertekan boleh jadi gila cik Nur nnti... jatuh saham ... yang tengah ok nie pun xlaku2 lagi... kalau gila kompom xde yang nak... huahuahua...haru biru jadiknye...

last week cik Nur pi langkawi.. ada latihan amali bagi subjek Pembangunan Insaniah... cik Nur rasa seronok sangat... relaks... dan mengghappykan... bukan apa... dapat naik satu van dengan Enck T Yang TerDsayangi... walaupun kami tak rapat dan kurang bercakap tapi Enck T Yang TerDsayangi sangat menarik di mata cik Nur nie... comel dan gebu... bila namanya tembikai ofcos la comel orgnye... hehehe.. cam cik Nur jugaklah... tp Enck T Yang TerDsayangi tu lebih lagi comelnya dengan kegebuannya... hahaha...

terukkan cik Nur nie... ilmu agama tak hebat mana, tp sukakan orang non muslim... mampu ker cik Nur Ciku untuk mendidik non muslim tu ke jalan yang benar? entah la... in sha Allah... jika Enck T Yang TerDsayangi memang jodoh cik Nur ciku.. akan adalah jalan untuk menuju jalan yang lurus itu....

Tapi yang sedey nye, Enck T Yang TerDsayangi tu, sukakan orang lain yang lebih cantik dan jelita dari cik Nur Ciku nie... dan Enck T Yang TerDsayangi sah2 tak nak kat cik Nur Ciku nie yang memang tak cantik dan jelita...dan cik Nur Ciku sendiri pun tak tahu apa anggapan Enck T Yang TerDsayangi terhadap cik Nur Ciku....

Satu je lah, yang cik Nur Ciku harapkan, Jika Enck T Yang TerDsayangi tu memang jodoh cik Nur Ciku, semoga Allah bukak pintu hati Enck T Yang TerDsayangi untuk menerima dan mencintai cik Nur Ciku...
dan jika Enck T Yang TerDsayangi bukan jodoh cik Nur Ciku, semoga Enck T Yang TerDsayangi akan menemui jodoh yang terbaik buatnya...

umur cik Nur Ciku pun dah hampir ke angka 30 dua tahun lagi... huhuhu... harap2 sebelum menempuh angka 30 cik Nur Ciku dah bertukar status dari cik ke Puan... lagi bagus jika mendapat gelaran Puan T Yang TerDsayangi... huhuhuhu... semoga Allah mendengar hasrat dan harapan cik nur Ciku ini...

cik Nur Ciku nie kalau boleh nak berikan keluarga 1M untuk umi dan arwah Abah tersayang...













Tak Secantik Wajah



 
Senyummu mengharuku sepanas suasana
suaramu bagaikan nyanyian
pujangga cinta di dalam syurga
sinar matamu bercahaya menembus seruang jiwa

Seandainya  dapat kau dengar
suara hatiku menanti cintamu
kau yang kuidam-idamkan
yang ingin ku cinta

tak dapatku  bongkar rahsia
biar ku simpan selama mana pun ku
 sedar tak secantik wajah
wajah yang bersaingan

sedarku tak secantik wajah
wajah yang bersaingan


Saturday, March 30, 2013

KjK

Annyeong.....

KjK itulah tajuk yg Nur nk kongsikan.... Apakah atau Siapakah KjK tu? itu adalah nama salah seorang ahli variety show korea yang sangat-sangat popular "Running Man" iaitu Kim Jong Kook....

kalau nk tahu.. Kim Jong Kook merupakan artis ke-2 yang benar-benar memikat hati Nur, selepas Hazamin Inteam... Nur tak tahu macam mana boleh terpaut kat dia... tp memang Nur tersangat-sangat admire dia... dia miliki sifat seorang ketua yang baik, jika dia kurangkan sikit sifat panas baran dia. dia mudah marah, agak kasar dan paling best dia memang kuat....

lahir pada 25 april 1976, bujang (sewaktu coretan dibuat), bercita-cita membuka gym sendiri, seorang penyanyi, keluarga yang kecil (hanya dua beradik, mak ayah), nampak jenis anak mak..

Kim Jong Kook tua 9 thn dari Nur, Hazamin tua 5 thn dari Nur. Ummi Nur pernah nyatakan umur lelaki yang kalau boleh untuk dijadikan suami Nur antara 5 - 10 thn tua dari Nur.

apa yang boleh Nur katakan tentang dia (walaupun tak mengenali dia), pada Nur dia taklah kacak mana pun biasa-biasa je, hebat pun pada ketangkasan dia je, suara dia jambu coz bila dengar lagu dia sambil bayangkan tubuh dia yg sasa tu cam kelakar pun ada tak match langsung... hihihihi... tapi tak baik pertikai, kerana setiap ciptaan Allah itu adalah unik dan tak sama antara satu sama lain dan sempurna... hanya kita manusia itu saja yang tak sempurna dan perlu kembali kepada Allah untuk sempurna.... tapi Nur suka tengok dia, pandang dia, sebab dia akan hadirkan senyuman dibibir Nur tak kira masa... sama seperti hazamin inteam....

teringin sangat Nur nak berjumpa empat mata dengan Kim Jong Kook secara live, bukan dalam mimpi aje... dalam mimpi dah selalu... nak berjumpa, bercakap dan kalau boleh nak menciptakan satu ikatan antara kami... persahaban atau lebih dari itu... walaupun dia di korea dan Nur di malaysia. best kan.... Nur bukanlah terlalu mengharap, tapi sekadar angan-angan, yang Nur tahu tak akan menjadi kenyataan... nak cipta hubungan dengan dia? dengan orang Malaysia sendiri pun Allah tak bagi izin, apatah lagi dengan dia yang mempunyai budaya dan agama dan negara yang berbeza... Nur bersyukur kerana itu tandanya Allah masih sayangkan Nur dan lelaki yang tepat untuk Nur belum ada... tapi mungkinkah Kim Jong Kook orangnya? siapa tahu kan.... Allah Maha Berkuasa, hanya DIA yang tahu apa yang akan berlaku kelak.

sekadar untuk segarkan angin, tak salah rasanya kalau Nur bayangkan yang kami memang diciptakan antara satu sama lain. bolehlah meramaikan umat nabi Muhammad SAW... apakah nama yang sesuai untuk dia ek? nanti Nur fikirkan... Muhammad Kim Affandi Bin Abdullah a.k.a Kim Jong Kook... ok gak kan?.... hahahahah... sabor jelah... yang pasti umi Nur akan terkejut beruk nie jika betul dia jadi menntu umi nanti... ramai-ramai manusia kat muka bumi malaysia ni, orang korea jugak jadi menantu dia.... hahahaha... deabak...deabak....


dan semoga Allah tunaikan impian Nur untuk kerja kata kedutaan malaysia di korea nanti sebagai PTD... semoga impan Nur tercapai pada 2015.... insya-Allah.....











i love my sparta kook... can i be ur mrs kook?... hahahahah