Adakah ini yang harus dilalui oleh Cik C? Setelah 9thn... ini jawapan? Bukan tak redha... tp adakah ini takdir yang terbaik utk Cik C? Adakah ini yang Allah inginkan berlaku dalam Hidup Cik C? Bukan tak percaya qada dan qadar... Cik C percaya pada ketentuan Allah... cuma kenapa tidak pada 9thn yang dulu lg? Tak perlu Cik C hadapi kesakitan hari ini jika 9thn lepas Cik C tak hadapinya... kenapa dan kenapa?
Hina sgt ker Cik C? Berdosa sgt ker perasaan di hati Cik C? Sehingga Cik C terpaksa hadapi keadaan ini... jika bersama Cik C, neraka yang dia tempah... kenapa muka Cik C nie muka neraka? Memang Cik C tak diterima di syurga? Diakan dah tahu dari 9thn lepas lg... kenapa baru hari nie sedar?
Umor Cik C bukan 25,26 hari tp dah 28... nk masuk 29... dah tua untuk merasai kesakitan ini... tp dia takpa... sebab dia pilih syurga... tak pilih neraka... ini wajah neraka nie... yg menanggung siksa dan sakit.... boleh bawa maut tahu x...
Tapi Cik C tak boleh marahkan dia... sebab Cik C cinta,sayang dia setulus hati Cik C... dan in sha allah.. perasaan ini lahir kerana allah inginkan.. tp adakah allah lahirkan perasaan ini semata2 untuk dipermainkan oleh dia..? Kerana allah sayangkan dia lebih dari Cik C? Sebab dia pilih syurga dan sebab Cik C nie neraka pada dia?....
Ya-Allah.... sesungguhnya hamba takut untuk menghadapi kehidupan ini keseorangan... namun hamba tak mampu untuk terima orang lain selain dia dalam hidup hamba... hamba hanyq mahu dia yqng sentuh hamba, hamba mahu lalui mlm pertama bersama dia, hamba ingin menjadikan dia sebagai syurga hamba didunia dan akhirat, hamba ingin jadi bidadari dia didunia dan akhirat... hamba tak kuat nak tempuh hidup ini tanpa dia...
Hamba tak nak rasai kehilangan lagi sekali... tapi hamba tak mempunyai cara untuk bersama dia.. satu cara sahaja iaitu hanya berdoa dan terus berdoa kepadaMu agar memberi pertolongan dan keizinan agar kami dijodohkan bersama... hamba harap sangat yang hamba akan tamatkan zaman bujang pada 2014 bersama dia... tp impian itu dah hancur... tlglah hamba Ya-Allah... hanya padaMu tempat hamba merintih rasa hiba...