Thursday, October 17, 2013

POLIGAMI

Sebagai seorang wanita... Cik C faham perasaan kecewa dan derita apabila orang yang dicintai mencintai orang lain dibelakang kita... terasa diri dikhianati, dipermainkan... namun sebagai seorang hamba dan seorang islam harus terima qada dan qadar...

Jujur dari hari Cik C.... Cik C tidak menolak atau menerima kehidupan poligami... yang pasti Cik C terima apa yang Allah rencanakan pada hidup Cik C.

Bukanlah jahat seorang wanita itu, jika dia menjadi isteri ke-2, ke-3, atau ke-4... dan bukanlah baik wanita itu jika menjadi isteri yg pertama... yg beza antara wanita itu hanya angka...

Semua ini dah tercatat kat luh mahfuz... jika dah tercatat Cik C hidup dalam poligami, ada dua situasi yg ada... sama ada Cik C dimadukan atau bermadu... itu jew... kalau dah tercatat... kahwin suka sama suka... sama sama bujang masa kahwin, akan tiba waktunya suami akan kahwin dengan orang lain.. jadi isteri pertama... begitu jugak kalau bermadu.. jadilah isteri ke2,3,atau 4.

Tapi kalau ditakdirkan hidup tak berpoligami... berkawan dengan suami orang bagai nak rak sekalipun, mungkin kita akan kawin dengan lelaki bujang atau lelaki yang dah kahwin tu akan berpisah/bercerai dengan isteri dia sebelum kawin dengan kita...

Itu jew yg Cik C faham tentang kehidupan manusia... so simple...

Tak perlu dipertikai dan diragui... yakinlah dengan Allah... DIA merencanakan kehidupan hambanya dengan terbaik dan yang mampu dihadapi hambanya...

Cuma pesanan Cik C:

Kepada suami...
Jika kamu berpoligami... hargailah semua isterimu... jadikanlah mereka bidadarimu di syurga kelak...

Kepada isteri:
Jika kamu dimadukan... bukan kerana kamu tak mampu atau kekurangan mu.. tp Allah menyayangimu...
Jika kamu bermadu...
Fahamilah 1001 rasa yang ditanggung oleh madumu... kerana suaminya telah dikongsi dengan mu.. bersikap mengalah dan redha andai masa, tenaga sang suami tidak diberikan secukupnya.. kerana sang suami perlu menunaikan amanah yang makin besar... lindungilah sang suami dari berdosa.. kerana dialah syurga kita kelak...

No comments:

Post a Comment