Saturday, March 30, 2013

KjK

Annyeong.....

KjK itulah tajuk yg Nur nk kongsikan.... Apakah atau Siapakah KjK tu? itu adalah nama salah seorang ahli variety show korea yang sangat-sangat popular "Running Man" iaitu Kim Jong Kook....

kalau nk tahu.. Kim Jong Kook merupakan artis ke-2 yang benar-benar memikat hati Nur, selepas Hazamin Inteam... Nur tak tahu macam mana boleh terpaut kat dia... tp memang Nur tersangat-sangat admire dia... dia miliki sifat seorang ketua yang baik, jika dia kurangkan sikit sifat panas baran dia. dia mudah marah, agak kasar dan paling best dia memang kuat....

lahir pada 25 april 1976, bujang (sewaktu coretan dibuat), bercita-cita membuka gym sendiri, seorang penyanyi, keluarga yang kecil (hanya dua beradik, mak ayah), nampak jenis anak mak..

Kim Jong Kook tua 9 thn dari Nur, Hazamin tua 5 thn dari Nur. Ummi Nur pernah nyatakan umur lelaki yang kalau boleh untuk dijadikan suami Nur antara 5 - 10 thn tua dari Nur.

apa yang boleh Nur katakan tentang dia (walaupun tak mengenali dia), pada Nur dia taklah kacak mana pun biasa-biasa je, hebat pun pada ketangkasan dia je, suara dia jambu coz bila dengar lagu dia sambil bayangkan tubuh dia yg sasa tu cam kelakar pun ada tak match langsung... hihihihi... tapi tak baik pertikai, kerana setiap ciptaan Allah itu adalah unik dan tak sama antara satu sama lain dan sempurna... hanya kita manusia itu saja yang tak sempurna dan perlu kembali kepada Allah untuk sempurna.... tapi Nur suka tengok dia, pandang dia, sebab dia akan hadirkan senyuman dibibir Nur tak kira masa... sama seperti hazamin inteam....

teringin sangat Nur nak berjumpa empat mata dengan Kim Jong Kook secara live, bukan dalam mimpi aje... dalam mimpi dah selalu... nak berjumpa, bercakap dan kalau boleh nak menciptakan satu ikatan antara kami... persahaban atau lebih dari itu... walaupun dia di korea dan Nur di malaysia. best kan.... Nur bukanlah terlalu mengharap, tapi sekadar angan-angan, yang Nur tahu tak akan menjadi kenyataan... nak cipta hubungan dengan dia? dengan orang Malaysia sendiri pun Allah tak bagi izin, apatah lagi dengan dia yang mempunyai budaya dan agama dan negara yang berbeza... Nur bersyukur kerana itu tandanya Allah masih sayangkan Nur dan lelaki yang tepat untuk Nur belum ada... tapi mungkinkah Kim Jong Kook orangnya? siapa tahu kan.... Allah Maha Berkuasa, hanya DIA yang tahu apa yang akan berlaku kelak.

sekadar untuk segarkan angin, tak salah rasanya kalau Nur bayangkan yang kami memang diciptakan antara satu sama lain. bolehlah meramaikan umat nabi Muhammad SAW... apakah nama yang sesuai untuk dia ek? nanti Nur fikirkan... Muhammad Kim Affandi Bin Abdullah a.k.a Kim Jong Kook... ok gak kan?.... hahahahah... sabor jelah... yang pasti umi Nur akan terkejut beruk nie jika betul dia jadi menntu umi nanti... ramai-ramai manusia kat muka bumi malaysia ni, orang korea jugak jadi menantu dia.... hahahaha... deabak...deabak....


dan semoga Allah tunaikan impian Nur untuk kerja kata kedutaan malaysia di korea nanti sebagai PTD... semoga impan Nur tercapai pada 2015.... insya-Allah.....











i love my sparta kook... can i be ur mrs kook?... hahahahah

No comments:

Post a Comment