Thursday, October 17, 2013

Luahan hati

Tak tahu Cik C nak kata apa... mudahkan orang lelaki nie... mentang2 dah kawen... luah perasaan dan lakukan perkara tak senonoh kerana suka2 jew dengan perempuan lain dibelakang isteri.. perempuan tu mati-mati ingat yg lelaki tu betul-betul sukakan dia... naifnya perempuan tu... time bini taknak layan, carilah perempuan tu utk puaskan nafsu.. tp bila bini layan lupa la kat perempuan tu...

Wahai sang lelaki, jadilah pelindung kepada wanita... bukan pemusnah wanita...

Ingtlah akan hukum karma... awak ada anak perempuan... jangan permainkan wanita utk kepuasan awak...

POLIGAMI

Sebagai seorang wanita... Cik C faham perasaan kecewa dan derita apabila orang yang dicintai mencintai orang lain dibelakang kita... terasa diri dikhianati, dipermainkan... namun sebagai seorang hamba dan seorang islam harus terima qada dan qadar...

Jujur dari hari Cik C.... Cik C tidak menolak atau menerima kehidupan poligami... yang pasti Cik C terima apa yang Allah rencanakan pada hidup Cik C.

Bukanlah jahat seorang wanita itu, jika dia menjadi isteri ke-2, ke-3, atau ke-4... dan bukanlah baik wanita itu jika menjadi isteri yg pertama... yg beza antara wanita itu hanya angka...

Semua ini dah tercatat kat luh mahfuz... jika dah tercatat Cik C hidup dalam poligami, ada dua situasi yg ada... sama ada Cik C dimadukan atau bermadu... itu jew... kalau dah tercatat... kahwin suka sama suka... sama sama bujang masa kahwin, akan tiba waktunya suami akan kahwin dengan orang lain.. jadi isteri pertama... begitu jugak kalau bermadu.. jadilah isteri ke2,3,atau 4.

Tapi kalau ditakdirkan hidup tak berpoligami... berkawan dengan suami orang bagai nak rak sekalipun, mungkin kita akan kawin dengan lelaki bujang atau lelaki yang dah kahwin tu akan berpisah/bercerai dengan isteri dia sebelum kawin dengan kita...

Itu jew yg Cik C faham tentang kehidupan manusia... so simple...

Tak perlu dipertikai dan diragui... yakinlah dengan Allah... DIA merencanakan kehidupan hambanya dengan terbaik dan yang mampu dihadapi hambanya...

Cuma pesanan Cik C:

Kepada suami...
Jika kamu berpoligami... hargailah semua isterimu... jadikanlah mereka bidadarimu di syurga kelak...

Kepada isteri:
Jika kamu dimadukan... bukan kerana kamu tak mampu atau kekurangan mu.. tp Allah menyayangimu...
Jika kamu bermadu...
Fahamilah 1001 rasa yang ditanggung oleh madumu... kerana suaminya telah dikongsi dengan mu.. bersikap mengalah dan redha andai masa, tenaga sang suami tidak diberikan secukupnya.. kerana sang suami perlu menunaikan amanah yang makin besar... lindungilah sang suami dari berdosa.. kerana dialah syurga kita kelak...

Tuesday, October 15, 2013

Sabarlah duhai hati...

Sedey rasa hati ini... Cik C telah dibuang oleh seseorang yg penting dalam hidup. Walaupun dia pernah katakan yg Cik C penting dalam hidup dia, tp dia tetap tolak...

Cik C tahu, yqng Cik C tak sempurna seperti org lain.. tp Cik C tetap ada perasaan dan hati...

Kalau xpasti jgn bagi harapan kat Cik C dan senang2 jew hancurkan harapan tu.. ingt Cik C nie apa? Barang mainan ker... tak suka buang...

Cik C terima semua ini dengan redha.. Cik C tak akan benci dia dunia dan akhirat.. Cik C akan sentiasa doakan dia bahagia dunia dan akhirat.

Harapan Cik C, semoga Allah kosongkan hati dan keraskan hati Cik C selamanya hingga akhir hayat... Cik C dah tak kuat nak hadapi permainan hati dan perasaan ini.  Biarlah Cik C tetap kekal Cik C... cukuplah pengalaman dengan dia... pada Cik C... inilah pengalaman pertama hingga terakhir buat Cik C.. tak mo dah rasai pengalaman lain.. sangat menyakitkan...

Biarlah dia bahagia... bahagia dia bahagialah Cik C, derita dia deritalah Cik C... Cik nk jadi cermin dia.. rasai apa yg dia rasa... tp dia bukan lagi cermin Cik C.. sebab cermin Cik C dah hancur berkecai... yg tak mungkin baik semula dan tak akan berganti buat selamanya...

Dan kepada Cik C selamat menempuh alam A.N.D.A.R.T.U yg tak laku... itulah gelaran yg akan Cik C pegang sampai mati...

Itulah hadiah aidiladha dari dia buat Cik C pada thn ini dan thn akan datang...