Monday, November 5, 2012

inilah lelaki yang sebenarnya

teringkat perbicaraanku dengan seorang teman...
kataku padanya:-

dalam hati lelaki lebih kurang ada lebih kurang 7 ruang dihatinya..(kebiasaannya hanyalah empat... namun dihati tiada siapa yang tahu...)

katanya padaku:-

banyaknye ruang dihati, siapa yg sudi bertandang di ruang tersebut...

balasku padanya:-
sedikit sahaja sebenarnya itu... kerana 7 ruang itu telah diisi sepenuhya iaitu:

1 ruang untuk Allah&Rasul,
1 ruang untuk ibu&bapa,
4 ruang untuk isteri&bakal2 isteri,(jika seorang isteri cukuplah hanya 1 ruang)
1 ruang untuk anak2...

katanya balik padaku:-

xdelah sampai 4 isteri, 1 sudah cukup...

tetapi dihatinya sudah teringin untuk tambah satu lg ruang...

di MULUT lain, di HATI lain...

Saturday, November 3, 2012

bisness...bisness..bisness

apa ye topik yg nk aku coretkan... erm... 

betullah kan apa yg dikatakan oleh Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w... Bahawasanya salah satu kerja untuk meningkatakan taraf hidup adalah dengan melakukan perniagaan...

semenjak aku ditukarkan ke Putrajaya, dah banyak jenis bisness aku buat.. walaupun untung yang xbanyak namun ia banyak membantu aku meneruskan hidup di  kota yang tinggi taraf hidupnya.

alhamdulillah, bersyukur aku ke hadrat Allah... kerana Allah banyak membantu aku... sekarang aku memulakan bisness jual keropok nipis di ofis dan jugak ukm(tempat aku belajar sekarang nie). Rm1 sahaja... modal kecil dan hasilnya alhamdulillah dapatlah sekali ganda modal... bestkan... next time aku akan pelbagaikan lagi perniagaan... semoga berjaya... amin...


Thursday, October 25, 2012

selamat bersua kembali....

dah lama aku tak menumpahkan coretan kat blog nie... bukan apa sibuk dan lupa password... but now... aku dah kembali.. nnti akan aku coretkan bila ada kelapangan dan info2 terbaru... hehehe...

selamat hari raya aidiladha

hari ini dimana semua umat islam didunia menyambut hari kebesaran dalam Islam iaitu HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA KORBAN. bersyukur sangat kerana aku diberi kesempatan untuk meraikan aidiladha ini buat kali ke-27... terima kasih Ya-Allah.... namun sedih tetap melanda dalam diri.. kerana tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya sorang diri kat putrajaya tanpa keluarga tercinta... huhuhu... sedih sangat... tapi nak buat macam mana kan... adat lah...

if kat kelantan, sekarang diorang tengah sibuk melapah daging lembu atau pun tengah nk korbankan lembu... suasana beraya di kelantan sangat berbeza berbanding di negeri2 lain... seronok sangat2... namun masa kecik2 dulu lagi seronok... kemeriahan sangat2 terasa... namun dengan kepesatan teknologi dan kemodenan negara, anak2 muda sekarang semakin kurang hayati erti aidiladha dan juga adilfitri... mereka telah disogokkan dengan pelbagai rancangan tv, komputer yg canggih2... sehingga mereka abaikan semangat kunjung mengunjung, dan pengorbanan dalam erti kata yang sebenar.... inlah yang perlu dibayar oleh manusia apabila kemodenan dan kecanggihan teknologi semakin berleluasa tanpa pemantauan ibubapa...

sayangkan??? jika hari ini keadaan merisaukan kita, esok lusa, akan datang macam mana agaknya?